HIBAH adalah pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad bersyarat yang mengandungi pemberian hak mutlak.
HIBAH TAKAFUL ialah peserta menghibahkan manfaat (pampasan kematian) takaful kepada penama atau lebih tepat PENERIMA HIBAH tanpa wasiat dan tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
Hukum FARAID adalah WAJIB. Dengan HIBAH, pampasan kematian takaful tidak perlu melalui kiraan pembahagian faraid.
Apakah perbezaan hibah dan wasiat?
Hibah adalah hadiah. Ianya tidak boleh dituntut oleh orang lain kecuali penerima tadi. Surat deklerasi hibah ini adalah sah disisi undang-undang civil dan syariah. Ianya tidak boleh dicabar oleh mana mana institusi atau individu lain.
Wasiat adalah harta yang ditinggalkan oleh simati dan diserahkan mengikut hak mengikut hukum faraid.
Wasi cuma merupakan perlaksana. Wasi perlu mengagihkan wang sijil mengikut Undang-undang Islam Pusaka (Faraidh)atau Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97]. Ini bermakna, wang sijil / pampasan tersebut bukan milik Wasi tetapi Wasi hanya bertanggungjawab untuk mengagihkan sahaja.
Hibah Bersyarat pula memberi pemilikan sepenuhnya kepada penama aterhadap wang sijil di bawah sijil takaful mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh pemengang sijil takaful semasa hidup. Hak penerima hibah bersyarat ini dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013.
Kelebihan Hibah
Apakah kelebihan hibah kalau dibandingkan dengan Wasi?
Penerima hibah merupakan memiliki sepenuhnya wang sijil. Ianya tidak boleh dicabar oleh waris-waris lain.Penerima hibah tidak terhad kepada ahli keluarga. Pemengang sijil takaful boleh menamakan anak angkat, sahabat atau sesiapa sahaja sebagai penerima hibah.Aliran tunai segera - wang sijil tidak termasuk sebahagian dari harta pusaka. Oleh itu , penerima hibah tidak perlu menunggu proses pembahagian harta pusaka yang lama.Hibah bersyarat ini dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
No comments:
Post a Comment